Tuesday 2 April 2013

PARLIMEN BUBAR HARI INI





PUTRAJAYA, April 3 - Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak bersama Timbalan Perdana Menteri dan Anggota Ahli Jemaah Menteri memaklumkan bahawa hari ini beliau telah mengadap Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini iaitu Rabu, 3 April 2013. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah memperkenankan bagi Parlimen ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini.Sehubungan dengan itu YAB Perdana Menteri menasihatkan kepada Ketua-Ketua Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengadap Ketua-Ketua Negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing agar Pilihan Raya Umum ke-13 dapat diselaraskan secara serentak diseluruh negara. 

      Menurut YAB Perdana Menteri, beliau yang mengambil alih tampuk pimpinan utama negara pada tanggal April 3, 2009 telah mengangkat sumpah memikul amanah serta tanggungjawab sebagai Perdana Menteri  Negara Malaysia yang tercinta. Dalam tempoh tersebut YAB Perdana Menteri bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Anggota Jemaah Menteri, dan anggota-angota pentadbiran yang lain telah pun dengan segala ikhtiar dan segala upaya mencetus dan melaksanakan perubahan dan pembaharuan berpaksikan berdasarkan Falsafah 1 Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan.

    Sepanjang khidmat YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Pentadbir beliau telah memperkenalkan pelbagai Program Transformasi Nasional untuk membantu rakyat. Beliau juga berpesan Setiap undi tuan-tuan dan puan-puan adalah penting untuk masa depan anak-anak kita dan generasi akan datang. YAB Perdana Menteri turut berpesan kepada pengundi di Timur Negeri Sabah bahawa keselamatan di kawasan tersebut akan tetap dijaga dan dikawal oleh Pasukan Keselamatan Negara dalam melindungi bumi Malaysia yang tercinta ini.  Di akhir ucapan beliau, YAB Perdana Menteri mengucapkan aspirasi untuk menjadikan impian Malaysia yang maju, makmur dan aman.

No comments:

Post a Comment