Tuesday 2 April 2013

PARLIMEN BUBAR HARI INI





PUTRAJAYA, April 3 - Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak bersama Timbalan Perdana Menteri dan Anggota Ahli Jemaah Menteri memaklumkan bahawa hari ini beliau telah mengadap Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini iaitu Rabu, 3 April 2013. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah memperkenankan bagi Parlimen ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini.Sehubungan dengan itu YAB Perdana Menteri menasihatkan kepada Ketua-Ketua Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengadap Ketua-Ketua Negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing agar Pilihan Raya Umum ke-13 dapat diselaraskan secara serentak diseluruh negara. 

      Menurut YAB Perdana Menteri, beliau yang mengambil alih tampuk pimpinan utama negara pada tanggal April 3, 2009 telah mengangkat sumpah memikul amanah serta tanggungjawab sebagai Perdana Menteri  Negara Malaysia yang tercinta. Dalam tempoh tersebut YAB Perdana Menteri bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Anggota Jemaah Menteri, dan anggota-angota pentadbiran yang lain telah pun dengan segala ikhtiar dan segala upaya mencetus dan melaksanakan perubahan dan pembaharuan berpaksikan berdasarkan Falsafah 1 Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan.

    Sepanjang khidmat YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Pentadbir beliau telah memperkenalkan pelbagai Program Transformasi Nasional untuk membantu rakyat. Beliau juga berpesan Setiap undi tuan-tuan dan puan-puan adalah penting untuk masa depan anak-anak kita dan generasi akan datang. YAB Perdana Menteri turut berpesan kepada pengundi di Timur Negeri Sabah bahawa keselamatan di kawasan tersebut akan tetap dijaga dan dikawal oleh Pasukan Keselamatan Negara dalam melindungi bumi Malaysia yang tercinta ini.  Di akhir ucapan beliau, YAB Perdana Menteri mengucapkan aspirasi untuk menjadikan impian Malaysia yang maju, makmur dan aman.

Thursday 21 March 2013

TIADA REKOD SAKIT MENTAL TAPI BENGONG


KOTA BHARU, Mac 20 - Polis tidak menerima sebarang laporan atau pengesahan kesihatan bahawa seorang guru, Mohamad Lotfi Nor, 37, yang ditahan dan disiasat kerana menghina pasukan keselamatan melalui laman sosial Facebook miliknya mengalami masalah mental.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sepanjang siasatan dijalankan, pihaknya tidak menerima laporan atau pengesahan kesihatan daripada doktor yang menyatakan guru terbabit mempunyai masalah mental sehingga mempengaruhi tindakannya mengeluarkan kata-kata penghinaan tersebut.

"Kami masih belum menerima apa-apa laporan doktor mengatakan beliau (Mohamad Lotfi) ada masalah penyakit jiwa atau masalah psikiatri," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi.

Jalaluddin berkata, suspek direman sehingga esok sementara polis menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum mendakwa guru berkenaan di mahkamah.

Mohamad Lotfi, seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Puteh dekat sini, diberkas polis kerana mengeluarkan kenyataan menghina pasukan keselamatan dalam Ops Daulat sebagai "anjing" dan menganggap kematian mereka sebagai "mati katak" melalui laman sosial miliknya.

Pada 11 Mac lalu, guru tersebut melalui Facebook miliknya menulis: "Xleh komen doh fb polis....hahahaha...kesian doggie...dah la mati katak...hahaha. kan betul polis tu anjing...hahaha...berubah terus posting hari nih...hahaha" dan "berapa ekor anjing dah mampus."

Laman sosial itu turut memuat naik gambar yang menghina pasukan keselamatan termasuk gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai "bapa anjing".

Pada masa sama, pelbagai andaian disebarkan melalui laman sosial itu termasuk mengatakan guru berkenaan pernah menjalani rawatan sakit jiwa dan penyakit itu dikatakan punca dia mengeluarkan kenyataan menghina itu.

berita sepenuhnya disini

Wednesday 20 March 2013

UZUR & MASIH NAK BERKUASA - NIK AZIZ MASUK HOSPITAL LAGI KE?

Gambar sekadar hiasan



KOTA BHARU, Mac 20 - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi kerana 'sakit perut'.

Beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu.

"Semalam beliau masuk hospital, ada sakit perut sikit, saya tidak pasti (jika Nik Abdul Aziz sudah keluar hospital), semalam itu ya, saya tidak pastilah sekarang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ashmad Yacob.

Nik Abdul Aziz sering mengalami masalah kesihatan berikutan umurnya yang sudah mencecah 82 tahun.

Walaupun banyak pihak meminta Nik Abdul Aziz berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, beliau tidak mengendahkan permintaan tersebut.

berita sepenuhnya disini

p/s: Bulih bedooh doh ni nok TUKAR MB.... Xdop sebab dok Nik Aziz nok lanjut tempoh 5 tahun lagiii.... 
Bo La Weiii...


Tuesday 19 March 2013

KEMBARA TUKAR KHAS: RANTAU PANJANG







KOTA BHARU, Mac 19 - Setelah menjelajah ke semua 14 Parlimen di Kelantan, Skuad Kembara Tukar yang dianjurkan oleh NGO TUKAR KELANTAN akan menjelajah ke Rantau Panjang dalam edisi "KEMBARA TUKAR KHAS". Program yang akan dilaksanakan pada 23 Mac 2013 ini mengambil tarikh keramat 23 bersempena 23 tahun Pemerintahan Kerajaan PAS di Kelantan yang gagal dalam pelbagai aspek termasuk kegagalan dalam melaksanakan projek-projek yang dilihat hanya indah khabar dari rupa.

     Program yang bakal disertai YBhg. Dato' Abdullah Mat Yasim dan seluruh kepimpinan tempatan ini akan bersama anak muda Rantau Panjang bagi memeriahkan Kembara Tukar Khas sabtu ini. Seperti yang sedia maklum Skuad Kembara Tukar yang telah menjelajah ke seluruh pelusuk negeri Kelantan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pelbagai lapisan masyarakat dan usia.

     Selain pendekatan secara lebih dekat dengan masyarakat. Skuad Kembara Tukar turut membongkarkan penyalahguanaan yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan di Hulu Kelantan dan isu pemilikan tanah yang telah terlepas ke tangan orang luar. Melalui "Kembara Tukar Khas" ini, diharap dapat membuka minda penduduk sekitar Rantau Panjang dan sama-sama merubah nasib Negeri Kelantan yang dicintai.


TUKAR - Transformasi Untuk Kesejahteraan & Amanah Rakyat

|Sumber disini.



Monday 18 March 2013

PANAS TELINGA DI BUNUT PAYONG - PINTU KOTA DARUL NAIM MULA BERGONCANG


KOTA BHARU, Mac 17 - Seramai 1,200 penduduk menghadiri Ceramah Perdana Anjuran BN Parlimen Kota Bharu di Kediaman Mat Titir Jalan Bt. 2, Bunut Payong, Kota Bharu semalam. Ceramah yang bertajuk "PAS KEMUNGKARAN POLITIK & AKIDAH" disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hassan Basri (Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) & Yang Berhormat Dato' Nozula Mat Diah (Adun Pagoh) semalam.
Bilik Gerakan Barisan Nasional - 06 PDM Bunut Payong Hilir
     Program yang bermula pada jam 09:00 malam itu telah mengupas dan mendedahkan pelbagai kesalahan dan salah laku PAS dan kepimpinannya kepada masyarakat. Antara isu yang dibangkitkan oleh Ustaz Hassan Basri kepada kepimpinan PAS adalah mengapa PAS tidak dapat menerima UMNO sebagai rakan perjuangan politik mereka. Katanya lagi, UMNO & PAS ini miliki Tuhan yang sama, rasul yang sama, kiblat yang sama, kitab yang sama dan pelbagai kesamaan berbanding DAP yang terang-terang menolak Islam.

     Selain itu beliau juga berkata, PAS kini telah menggadaikan perjuangan turun-temurun parti itu dengan menggugurkan perjuangan "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" yang mana diakui oleh PAS bahawa Negara Islam tidak terdapat di dalam Al-Quran. Selain, amanat-amanat songsang yang dikeluarkan oleh pimpinan-pimpinan parti tersebut telah banyak mengelirukan masyarakat sehingga timbul isu Solat Jumaat 2 Imam dan pelbagai lagi yang mana memecah-belahkan masyarakat.

Kaum Ibu tunjang utama politik tanah air
Antara yang hadir duduk di khemah yang disediakan
Program bermula dengan ketibaan jemputan dan penceramah
Sambutan oleh pelbagai lapisan umur masyarakat

Masyarakat Tionghoa turut hadir sebagai tanda sokongan

    Seterusnya, Ustaz Hassan Basri turut menyeru ahli-ahli pas yang cintakan agama untuk tidak memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Beliau turut menjelaskan tidak memberi undi kepada PAS tidak bermakna menolak Islam, kerana PAS itu bukan Agama. PAS hanya sebuah parti politik yang menggunakan agama untuk kepentingan semata-mata. Disamping itu, beliau juga melahirkan rasa bimbang terhadap agenda Kristianisasi yang menular dalam kalangan masyarakat dan mengutuk tindakan kepimpinan PAS yang membenarkan Kalimah Allah s.w.t. diguna oleh agama lain.

Pusat Jualan Kraf yang setentang dengan Pos PAS yang tutup semasa Ceramah Berlangsung
200 meter dari tapak ceramah. Pos PAS Bunut Payong ditutup ketika ceramah sedang berlangsung
Tidak tahan dengan kebenaran yang didedahkan oleh Ustaz Hassan Basri
Orang lalu-lalang berhenti untuk mendengar Ceramah yang disampaikan
Khusyuk dengan Isu-Isu & Ceramah yang disampaikan
Pengunjung melekatkan Stiker T sebagai tanda Transformasi untuk TUKAR Kerajaan PAS Kelantan
Ustaz Hassan Basri ketika menyampaikan Ceramah beliau

     Di akhir ceramah beliau, Ustaz Hassan Basri melaungkan takbir dan memberi tahu umum bahawa takbir bukan milik PAS sebagai mana dakwaan PAS "UMNO meniru PAS dengan bertakbir". Beliau turut memberitahu "dengan takbirlah Malayan Union dahulu ditumbangkan di era penjajahan dan Insha Allah dengan takbir kita akan tumbangkan Pakatan Rakyat".

Ustaz Hassan Basri bersama salah seorang penduduk Bunut Payong




p/s: Insha Allah dengan izin Allah s.w.t. Pintu Kota Darul Naim bukan sahaja bakal bergegar bahkan akan berlaku tsunami perubahan di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Guano Pos PAS di Bunut Payong tutup maso ceramoh ni... Panas Telingo ko belako? Bo La Weiii jadi kuda tunggangan DAP.




PECAH METER PAIP MANDI JENAZAH

Keluarga Allahyarham Mohd Ramli mengambil masa dua jam menadah air memandikan jenazah berikutan tekanan air rendah bagi mempercepatkan proses pengebumian di Kampung Atas Kok, Simpangan, Tumpat.



Tekanan air rendah, khidmat lori tangki AKSB terhad punca waris bertindak 



Tumpat: Akibat tekanan air rendah, sebuah keluarga dari Kampung Atas Kok, Simpangan di sini, terpaksa memecahkan meter paip dan menadah air selama dua jam bagi memandikan jenazah, semalam. 

Keluarga itu terpaksa berbuat demikian untuk mempercepatkan proses pengebumian jenazah Mohd Ramli Awang Min, 58, yang meninggal dunia pe-tang kelmarin, akibat serangan jantung. 
"Walaupun sudah meminta bantuan mendapatkan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), syarikat itu gagal berbuat demikian dengan alasan kemudahan lori tangki air terhad.
Gagal dapat bantuan AKSB


Walaupun sudah meminta bantuan mendapatkan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), syarikat itu gagal berbuat demikian dengan alasan kemudahan lori tangki air terhad.



Selepas menadah air dari jam 8 hingga 10 pagi, jenazah dapat dimandikan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bunohan, kira-kira jam 11.30 pagi.

Anak Allahyarham Mohd Ramli, Nor Amira, 21, berkata sepatutnya urusan pengebumian jenazah bapanya boleh disempurnakan lebih awal, tetapi disebabkan masalah air, ia terpaksa ditangguhkan. 
Katanya, apabila mendapati tekanan air rendah sehingga memberikan masalah untuk memandikan jenazah, saudaranya menghubungi AKSB untuk meminta bantuan supaya dihantar bekalan air.

“Bagaimanapun, jawapan yang diberikan AKSB mengecewakan apabila memberitahu lori tangki air adalah terhad yang menyebabkan mereka tidak dapat menghantar bekalan air pada waktu itu,” katanya.

berita sepenuhnya disini.