Thursday 21 March 2013

TIADA REKOD SAKIT MENTAL TAPI BENGONG


KOTA BHARU, Mac 20 - Polis tidak menerima sebarang laporan atau pengesahan kesihatan bahawa seorang guru, Mohamad Lotfi Nor, 37, yang ditahan dan disiasat kerana menghina pasukan keselamatan melalui laman sosial Facebook miliknya mengalami masalah mental.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sepanjang siasatan dijalankan, pihaknya tidak menerima laporan atau pengesahan kesihatan daripada doktor yang menyatakan guru terbabit mempunyai masalah mental sehingga mempengaruhi tindakannya mengeluarkan kata-kata penghinaan tersebut.

"Kami masih belum menerima apa-apa laporan doktor mengatakan beliau (Mohamad Lotfi) ada masalah penyakit jiwa atau masalah psikiatri," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi.

Jalaluddin berkata, suspek direman sehingga esok sementara polis menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum mendakwa guru berkenaan di mahkamah.

Mohamad Lotfi, seorang guru di sebuah sekolah di Pasir Puteh dekat sini, diberkas polis kerana mengeluarkan kenyataan menghina pasukan keselamatan dalam Ops Daulat sebagai "anjing" dan menganggap kematian mereka sebagai "mati katak" melalui laman sosial miliknya.

Pada 11 Mac lalu, guru tersebut melalui Facebook miliknya menulis: "Xleh komen doh fb polis....hahahaha...kesian doggie...dah la mati katak...hahaha. kan betul polis tu anjing...hahaha...berubah terus posting hari nih...hahaha" dan "berapa ekor anjing dah mampus."

Laman sosial itu turut memuat naik gambar yang menghina pasukan keselamatan termasuk gambar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai "bapa anjing".

Pada masa sama, pelbagai andaian disebarkan melalui laman sosial itu termasuk mengatakan guru berkenaan pernah menjalani rawatan sakit jiwa dan penyakit itu dikatakan punca dia mengeluarkan kenyataan menghina itu.

berita sepenuhnya disini

No comments:

Post a Comment