Monday 18 March 2013

PANAS TELINGA DI BUNUT PAYONG - PINTU KOTA DARUL NAIM MULA BERGONCANG


KOTA BHARU, Mac 17 - Seramai 1,200 penduduk menghadiri Ceramah Perdana Anjuran BN Parlimen Kota Bharu di Kediaman Mat Titir Jalan Bt. 2, Bunut Payong, Kota Bharu semalam. Ceramah yang bertajuk "PAS KEMUNGKARAN POLITIK & AKIDAH" disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hassan Basri (Bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) & Yang Berhormat Dato' Nozula Mat Diah (Adun Pagoh) semalam.
Bilik Gerakan Barisan Nasional - 06 PDM Bunut Payong Hilir
     Program yang bermula pada jam 09:00 malam itu telah mengupas dan mendedahkan pelbagai kesalahan dan salah laku PAS dan kepimpinannya kepada masyarakat. Antara isu yang dibangkitkan oleh Ustaz Hassan Basri kepada kepimpinan PAS adalah mengapa PAS tidak dapat menerima UMNO sebagai rakan perjuangan politik mereka. Katanya lagi, UMNO & PAS ini miliki Tuhan yang sama, rasul yang sama, kiblat yang sama, kitab yang sama dan pelbagai kesamaan berbanding DAP yang terang-terang menolak Islam.

     Selain itu beliau juga berkata, PAS kini telah menggadaikan perjuangan turun-temurun parti itu dengan menggugurkan perjuangan "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan" yang mana diakui oleh PAS bahawa Negara Islam tidak terdapat di dalam Al-Quran. Selain, amanat-amanat songsang yang dikeluarkan oleh pimpinan-pimpinan parti tersebut telah banyak mengelirukan masyarakat sehingga timbul isu Solat Jumaat 2 Imam dan pelbagai lagi yang mana memecah-belahkan masyarakat.

Kaum Ibu tunjang utama politik tanah air
Antara yang hadir duduk di khemah yang disediakan
Program bermula dengan ketibaan jemputan dan penceramah
Sambutan oleh pelbagai lapisan umur masyarakat

Masyarakat Tionghoa turut hadir sebagai tanda sokongan

    Seterusnya, Ustaz Hassan Basri turut menyeru ahli-ahli pas yang cintakan agama untuk tidak memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Beliau turut menjelaskan tidak memberi undi kepada PAS tidak bermakna menolak Islam, kerana PAS itu bukan Agama. PAS hanya sebuah parti politik yang menggunakan agama untuk kepentingan semata-mata. Disamping itu, beliau juga melahirkan rasa bimbang terhadap agenda Kristianisasi yang menular dalam kalangan masyarakat dan mengutuk tindakan kepimpinan PAS yang membenarkan Kalimah Allah s.w.t. diguna oleh agama lain.

Pusat Jualan Kraf yang setentang dengan Pos PAS yang tutup semasa Ceramah Berlangsung
200 meter dari tapak ceramah. Pos PAS Bunut Payong ditutup ketika ceramah sedang berlangsung
Tidak tahan dengan kebenaran yang didedahkan oleh Ustaz Hassan Basri
Orang lalu-lalang berhenti untuk mendengar Ceramah yang disampaikan
Khusyuk dengan Isu-Isu & Ceramah yang disampaikan
Pengunjung melekatkan Stiker T sebagai tanda Transformasi untuk TUKAR Kerajaan PAS Kelantan
Ustaz Hassan Basri ketika menyampaikan Ceramah beliau

     Di akhir ceramah beliau, Ustaz Hassan Basri melaungkan takbir dan memberi tahu umum bahawa takbir bukan milik PAS sebagai mana dakwaan PAS "UMNO meniru PAS dengan bertakbir". Beliau turut memberitahu "dengan takbirlah Malayan Union dahulu ditumbangkan di era penjajahan dan Insha Allah dengan takbir kita akan tumbangkan Pakatan Rakyat".

Ustaz Hassan Basri bersama salah seorang penduduk Bunut Payong




p/s: Insha Allah dengan izin Allah s.w.t. Pintu Kota Darul Naim bukan sahaja bakal bergegar bahkan akan berlaku tsunami perubahan di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Guano Pos PAS di Bunut Payong tutup maso ceramoh ni... Panas Telingo ko belako? Bo La Weiii jadi kuda tunggangan DAP.




No comments:

Post a Comment